Sunday, June 12, 2011
Final Exam Fever~~!!!
Minggu final exam kembali lagi~~!!...
aku macam biasa, hadapi minggu yang menyerabutkan uqat peghut ni dengan perasaan tenang, tp ada plak xpueh hati dengan aku... hurm~ relax sudah... minggu exam kalini lain sket dari minggu2 exam di sem2 lepas, sem ni aku terpaksa merantau mencari teman seperjuangan yang menetap di rumah2 sewa... aku perlukan depa lebih dari depa perlukan aku, walaupon aku tau depa bukan perlukan aku pon, aku ni menyemak ja...haha..
ok, back to topic, sem ni aku da 8 paper teori utk final tp hanya 6 paper masa final exam week sbb aku dah settle 2 paper... dan selalunya kalau aku bgatau kat mmbe2 aku yang aku exam hanya 1 minggu dan satu hari boleh mencapai 3 paper, ramai yang tergezut beruk mcm ni..
tapi bagi student2 JMTi yang berbakat dan berwibawa, kami relax sja...haha.. dah biasa pon, penah ja kami jawab 1 hari 3 paper.. satu paper 2 jam... tp bagi aku sem ni, jadual exam xla padat sgt berbanding sem2 sblm ni.. nak tgk ka?? ha, tgak la kat bawah ni..
tapi hari selasa tu yang perit tu, 2 paper tu dah la semua fakta, xda auta2 punya.. ok semua, esok dah start final, so doakanlah aku dan kawan2 dan mmbe2 serta rakan2 aku supaya dipermudahkan urusan dan dipermudahkan utk menjawab soalan nanti... Amin~
ni aku nak kongsi skit doa2:
MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Peperiksaan tidak perlu ditakuti. Jika segala pesediaan untuk peperiksaan
telah dibuat. Tiada apa yang perlu dikhuatirkan.
Berserah kepada Allah, Yakin dan bertawakkal.
Usaha hak kita, tetapi kejayaan Allah yang kurniakan
Mulakan setiap usaha dengan Basmallah
بسم الله الر حمن الر حيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Doa penerang hati
أَللهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ
رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Ya Allah bukakanlah hikmahMu, dan turunkanlah rahmat dari khazanahMu
kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
- Amalkan setiap kali belajar dan baca ketika berada di bilik peperiksaan. -
Doa apabila terlupa
سُبْحَانَ مَنْ لا يَنَامُ وَلايَسْهُو آللهُمَّ ذِكِّرْنِى مَانَسِيْتُ
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah Tidur dan tidak lupa,
Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa.
- Salawat ke atas Nabi s.a.w. dan baca doa ini ketika terlupa -
Doa minta tambah ilmu
آللهُمَّ انْفَعْنِى بِمَا عَلَّمْتَنِى , وَعَلِّمْنِى مَايَنْفَعُنِى
وَارْزُقْنِى عِلْمًا يَنْفَعُنِى وَزِدْنِى عِلْمًا
Ya Allah , jadikan daku berguna untuk masyarakat dengan ilmu
yang engkau kurniakan kepadaku,
Dan kurniakanlah daku pengetahuan yang berguna untuk diriku
serta tambahilah daku ilmu pengetahuan
- Elok dibaca untuk mendapat ilham bagi menjawab soalan -
Doa mendapat petunjuk
رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا
مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Wahai Tuhan kami , janganlah Engkau sesatkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk
dan berikanlah rahmatMu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi
-Selalulah memohon kepada Allah agar sentiasa mendapat petunjuk. -
Doa mudahkan hafalan
آللهُمَّ ارْزُقْنَا يَا رَبِّ فَهْمَ النَّبِيْيِنَ وَحِفْظَ آلْمُرْسَلِيْنَ
وَإِلْهَامَ آلْمَلائِكَةَ آلْمُقًرَّبِيْنَ فِى عَافِيَةِ يَااَرْحَنَ آلرٌّاحِمِينِ
Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul
dan ilham dari para Malaikat yang menghampiri denganMu
kurniakanlah kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
- Amalkan doa ini. Mudah-mudahan Allah memudahkan hafalan. -
Sumber>>cikgu saya pinjam yer
ok. wassalam~~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment